Kelab Sukan dan Kebajikan Audit Pahang telah menganjurkan Majlis Persaraan dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2014 pada 26 Ogos 2014 bersamaan 30 Syawal 1435H di Wisma Audit, Jabatan Audit Negara Negeri Pahang.
Majlis dimulakan pada jam 8.30 pagi, dengan meraikan dua orang pegawai JAN Pahang yang bersara, En. Wan Mizan Bin Wan Manan (bersara pilihan mulai 1 Ogos 2014) dan Pn.Waheedah Binti Mohd Rusli (bersara wajib mulai 11 Julai 2014). Pihak Jabatan mengucapkan 'Selamat Bersara' dan merakamkan ucapan terima kasih di atas jasa, didikasi melaksanakan amanah kerja dan komitmen yang diberikan sepanjang bertugas. Moga diberi anugerah kesihatan, keselamatan, kebahagiaan dan kejayaan kepada mereka berdua.
No comments:
Post a Comment