Showing posts with label BIRO SUKAN. Show all posts
Showing posts with label BIRO SUKAN. Show all posts

Wednesday, 14 June 2017

JELAJAH BUKIT PELINDUNG 16 RAMADHAN

Pada 11 Jun 2017 yang lepas, Biro Sukan telah menganjurkan pendakian Bukit Pelindung di Bulan Ramadhan. Ramadhan bukan penghalang bagi melakukan aktiviti lasak, sangat menguji minda dan fizikal kita. Tahniah diucapkan kepada ahli yang berjaya sampai.




 




Friday, 28 October 2016

PERSIAPAN FAMILYDAY 2016 : Kempville Beach Resort



Esok harinya...
KESKAP Family Day 2016 di Kempville Beach Resort. 
Kempville Beach Resort ini dekat mana sila buka link : 

Satu mesyuarat kelab telah dibuat sebelum ini untuk melantik beberapa AJK KESKAP Family Day 2016 bagi melancarkan majlis. Segala aktiviti persiapan telah dimulakan dari awal lagi, dari pemilihan tempat, jemputan, makanan , aktiviti, perancangan sebelum majlis dan semasa majlis di jalankan. Terima Kasih kepada semua ahli yang terlibat untuk membuat persiapan . Semoga majlis esok akan berjalan dengan lancarnya.
















Monday, 24 October 2016

JEMPUTAN KE HARI KELUARGA KELAB KESKAP






Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua ahli kelab KESKAP yang dihormati dan diingati. Jangan lupa ‘family day’ 2016 di Kempville Beach Resort hujung minggu ni. 

Berikut adalah pesanan untuk hari tersebut :


Jangan lupa pakai baju colour Purple . Ibu-ibu, bapak-bapak, anak-anak semua pakai baju colour Purple tau. Sebab tema kita Purple colour.


Sila ikut papan tanda arah yang comel ni.



Parking di tepi campsite, jika penuh sila parking di luar (di kawasan lapang)

Boleh bawa tikar untuk santai-santai.

Acara mewarna dan sukaneka bermula jam 09.30 pagi. Selepas pukul 1.00 tengahari aktiviti bebas.

Lain-lain boleh rujuk tentatif program.



Sunday, 16 October 2016

UDA PEKAN BRIDE RUN 2016




Pada 15 Oktober 2016, sabtu beberapa orang ahli KESKAP telah melibatkan diri dalam larian "UDA PEKAN BRIDGE RUN" anjuran Uda Holding Berhad . Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Haji Mohamad Najib Bin Tun Haji Abdul Razak. 



Terdapat 3 kategori; Terbuka Lelaki (8KM); Terbuka Wanita (8KM) dan Fun Run (3KM). Larian bermula di Ancasa Royale Hotel, Pekan. 


Majlis Bermula jam 7.30 pagi




Jom kita lari








Tahniah! 
Bukan sahaja medal dan sijil penyertaan malahan dapat bawa balik hadiah cabutan bertuah .










Monday, 10 October 2016

IIUM KUANTAN 10KM RUN


Sumber : https://www.facebook.com/IIUMK10KMRUN/

Larian IIUM Kuantan 10km telah diadakan pada 09 Oktober 2016, hari ahad yang lepas. Bertemakan "Batik Edition" dan dianjurkan oleh pihak IIUM Kuantan.

Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan; 10KM terbuka; 10KM Vateren; dan 4.5KM Batik Fun Run. Beberapa orang ahli KESKAP telah menyertai larian ini.


Laluan Bagi Kategori 10KM


Kategori Fun Run


 Get set Go







Tu dia....... Berkain Batik

Tahniah!


Sunday, 14 August 2016

Pertandingan Bowling


Pertandingan Boling anjuran KESKAP tahun 2016

Tarikh : 10 Ogos 2016
Masa : 08.30 malam
Tempat :Premium Lanes Bowling , Kuantan Plaza

Pertandingan Boling ini dadakan bagi merapatkan lagi silaturahim dalam kalangan ahli kelab serta ahli keluarga mereka. Ianya juga dapat meningkatkan semangat muafakat dalam kalangan mereka sambil beriadah bersama.

Pertandingan ini melibatkan seramai 39 orang peserta dari kalangan ahli kelab dan ahli keluarga mereka. Terdapat 2 kategori dipertandingkan; kategori lelaki dan kategori wanita. Disamping itu cabutan bertuah juga diadakan .




Gambar sekitar pertandingan tersebut



KEPUTUSAN PERTANDINGAN


Kategori Lelaki

Tempat Pertama : Hazran

Tempat Kedua : Hider

Tempat Ketiga : Khairul

Tempat Keempat : Rosfaizul
Tempat Kelima : Shukri

Kategori Wanita

Tempat Pertama : Norizan
Tempat Kedua : Marzaliza
Tempat Ketiga : Farhanis
Tempat Keempat : Nor Komari

Tempat Kelima : Nursuraini


TAHNIAH !!

Tahniah juga diucapkan kepada pemenang cabutan bertuah
















Ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli kelab yang terlibat dan Ahli Jawatankuasa yang berusaha menjayakan pertandingan ini.