Hari Keluarga KESKAP 2014 telah diadakan di Pusat Rekreasi Pantai Balok, Kuantan pada 28 September 2014. Program ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan satu platform semangat muhibbah dan setia kawan antara warga kerja Jabatan Audit Negara Negeri Pahang dan ahli keluarga. Matlamatnya adalah untuk menekankan pentingnya keluarga dalam kehidupan sehari-hari dan merapatkan lagi hubungan sesama anggota keluarga.
Persediaan sambutan program ini yang telah dijalankan secara gotong-royong oleh semua ahli KESKAP bermula pada hari Jumaat sehingga pada hari kemuncak, akhirnya berjaya dilaksanakan.Tahniah diucapkan kepada En. Khairil Anuar Bin Idris selaku Ketua Program, semua Ahli Jawatankuasa Hari Keluarga KESKAP 2014 dan penglibatan ahli-ahli KESKAP serta ahli keluarga yang sama-sama menjayakan program ini. Tanpa kerjasama semua pihak, program seumpama ini tidak akan dapat dijalankan dengan sebaik mungkin. Terima kasih di atas kehadiran dan komitmen yang telah diberikan. Anda semua HEBAT!!!
Program yang bermula seawal jam 8.15 pagi dan berakhir jam 2.00 petang telah berjalan dengan penuh meriah dan santai. Selepas pendaftaran, acara dimulakan dengan bacaan doa daripada En. Mohd Hazran dan diteruskan dengan kata-kata aluan dari Yang Dipertua KESKAP, En. Oi Chu Kim Ting @ Rezuoi Bin Abdullah. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan hanya melibatkan penyertaan di kalangan anak-anak ahli sahaja iaitu pertandingan mewarna dan sukaneka. Manakala di kalangan dewasa terlibat dengan penyediaan makanan dan BBQ. Berikut antara aksi-aksi yang dapat dirakamkan sepanjang Hari Keluarga KESKAP 2014 ....
Aktiviti 26/09/2014 (Jumaat)
Antara AJK Makanan yang bertungkus lumus menyiapkan sarapan dan makan tengahari.Terima kasih kerana menyediakan juadah yang amat menyelerakan.
Meriah.. ni pula antara team BBQ.. terima kasih kerana setia membakar untuk dihidangkan kepada para tetamu..Ada juga dikalangan ahli keluarga yang turut sama membantu. Kredit to them!!
Ini pula ragam kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun di dalam pertandingan mewarna.
|
Ibu bapa turut memberi sokongan |
|
Penilaian pemenang oleh YDP dan Naib YDP KESKAP |
Ini pula antara aksi-aksi yang dirakamkan sepanjang acara sukaneka dijalankan.
|
Kanak-kanak dibahagikan mengikut kumpulan. |
|
Acara baling belon dalam air. |
|
Acara kepit bola. |
|
Acara isi air dalam botol. Aik En. Shahir ni kategori mana ek... :) |
|
Rebut gula-gula |
|
Bawa bola ping pong guna sudu. |
|
Lari dik..lari.. |
|
Nak main jugak...Kategori umur saya tak ada ke.. |
|
Pening jugak nak bagi markah ni....Biru..Kuning..Oren |
|
Peserta-peserta bergambar kenangan bersama YDP dan Naib YDP KESKAP |
Penyampaian hamper dan cabutan bertuah kepada ahli-ahli KESKAP.
|
Sebahagian daripada penerima hamper/cabutan bertuah. |
Untuk lagi gambar "Hari Keluarga KESKAP 2014" lihat di
sini atau di ruangan "Aktiviti".