Wednesday, 12 September 2012

Majlis Persaraan - Pn. Siti Normah binti Sheik Bakar

Satu majlis bagi meraikan persaraan Pn. Siti Normah binti Sheik Bakar telah diadakan pada 6 September 2012 (Khamis) jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 6 Wisma Persekutuan.  Majlis ini dihadiri oleh semua kakitangan termasuk Yang DiPertua dan Naib Yang DiPertua KESKAP.  

Pegawai yang diraikan telah diberi Sijil Penghargaan daripada Y.Bhg. Tan Sri KAN serta cenderahati daripada KESKAP dan kakitangan. Sijil Penghargaan dan cenderahati tersebut telah disampaikan sendiri oleh Yang DiPertua KESKAP.  Ucapan perpisahan telah diberikan oleh En. Kamarudi bin Kamarudin selaku Ketua Unit Pentadbiran & Kewangan.  Pada majlis ini juga, Yang DiPertua turut menyampaikan cenderahati kepada En. Mohd Marzuni dan Pn. Kamariah di atas kecemerlangan anak masing-masing di dalam peperiksaan SPM.  Manakala cenderahati juga diberikan kepada En. Ahmad Muzri bin Mt Yassin yang mendapat cahayamata baru-baru ini.

Dikesempatan ini pihak KESKAP ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Bersara kepada Pn. Siti Normah binti Sheik Bakar.  Kami mendoakan agar beliau bahagia di samping keluarga tercinta dan sentiasa menjaga kesihatan.  Kami juga ingin memohon maaf di atas segala kesilapan yang dilakukan dan semoga kita berjumpa lagi.  Insya Allah.


Pegawai yang dirai - Pn. Siti Normah

En. Kamarudi menyampaikan ucapan

Pn. Siti Normah 'in action'

En. Ahmad Muzri menerima cenderahati dari Yang DiPertua

Majlis bermula

Yang DiPertua memberikan ucapan

Yang DiPertua menyampaikan Sijil Penghargaan kepada pegawai

Antara cenderahati yang diberikan

Kain telekung antara cenderahati yang diberikan

Cenderahati terbesar dari KESKAP

En. Khairil Anuar selaku MC pada majlis ini

Cenderahati kepada En. Mohd Marzuni

Koleksi cenderahati kepada Pn. Siti Normah

 

No comments:

Post a Comment