Wednesday, 21 June 2017

8 AMALAN MULIA INI DI HARI RAYA AIDILFITRI



Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Dari kami

  • Mandi sunat hari raya sebelum mengerjakan solat hari raya. Mandi yang disunahkan oleh Rasulullah S.A.W adalah pada hari Jumaat, hari Arafah, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
 
  • Memakai pakaian baru. Memakai baju baru itu mestilah dengan penuh penghayatan bukan sekadar ingin menunjuk-nunjuk baju baru, cantik dan sedondon. Lakukan dengan penuh kesedaran betapa banyaknya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita pada hari mulia itu.
 
  • Makan dulu sebelum pergi solat sunat Hari Raya.
 
  • Memperbanyakkan takbir.
 
  • Saling bermaaf-maafan. Jangan ada rasa dan ego untuk meminta maaf dan hanya mengharapkan orang lain sahaja yang meminta maaf dengan kita. Begitu juga janganlah keras hati atau sombong untuk memberikan kemaafan kepada mereka yang yang memohon. Setiap orang pasti ada melakukan kesilapan dalam hidup termasuk diri kita sendiri.
 
  • Mengucapkan selamat dan mendoakan kebaikan antara satu sama lain.
 
  • Memakai pakaian terbaik yang dimiliki. Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal. (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam)
 
  • Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwah) sesama Muslim. Seperti mengikut apa yang telah Rasulullah S.A.W pernah bersabda, barang siapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjangkan) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 

Wednesday, 14 June 2017

JELAJAH BUKIT PELINDUNG 16 RAMADHAN

Pada 11 Jun 2017 yang lepas, Biro Sukan telah menganjurkan pendakian Bukit Pelindung di Bulan Ramadhan. Ramadhan bukan penghalang bagi melakukan aktiviti lasak, sangat menguji minda dan fizikal kita. Tahniah diucapkan kepada ahli yang berjaya sampai.