Friday, 15 December 2017
Wednesday, 21 June 2017
8 AMALAN MULIA INI DI HARI RAYA AIDILFITRI
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Dari kami
- Mandi sunat hari raya sebelum mengerjakan solat hari raya. Mandi yang disunahkan oleh Rasulullah S.A.W adalah pada hari Jumaat, hari Arafah, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
- Memakai pakaian baru. Memakai baju baru itu mestilah dengan penuh penghayatan bukan sekadar ingin menunjuk-nunjuk baju baru, cantik dan sedondon. Lakukan dengan penuh kesedaran betapa banyaknya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita pada hari mulia itu.
- Makan dulu sebelum pergi solat sunat Hari Raya.
- Memperbanyakkan takbir.
- Saling bermaaf-maafan. Jangan ada rasa dan ego untuk meminta maaf dan hanya mengharapkan orang lain sahaja yang meminta maaf dengan kita. Begitu juga janganlah keras hati atau sombong untuk memberikan kemaafan kepada mereka yang yang memohon. Setiap orang pasti ada melakukan kesilapan dalam hidup termasuk diri kita sendiri.
- Mengucapkan selamat dan mendoakan kebaikan antara satu sama lain.
- Memakai pakaian terbaik yang dimiliki. Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal. (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam)
- Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwah) sesama Muslim. Seperti mengikut apa yang telah Rasulullah S.A.W pernah bersabda, barang siapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjangkan) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Wednesday, 14 June 2017
JELAJAH BUKIT PELINDUNG 16 RAMADHAN
Wednesday, 5 April 2017
SAMBUTAN HARI LAHIR
Wednesday, 29 March 2017
KESAN STRES TERHADAP DAYA KERJA
PELBAGAI
kejadian dan tragedi yang melibatkan tekanan atau stres dan kemurungan
teruk sebenarnya boleh dielak dan diatasi, jika
orang ramai mengambil berat mengenainya. Malah, ia boleh menjadi
penyakit yang serius andai tidak diurus dan dikawal dengan baik.
Walaupun stres dikategorikan penyakit yang serius tetapi sayangnya ia tidak diambil berat.
Ini
mungkin kerana masyarakat beranggapan bahawa stres hanya memberikan
kesan seketika tanpa menyedari bahawa stres juga boleh menjejaskan
seluruh badan dan minda.
"Ia
boleh menjejaskan tingkah laku, fikiran, emosi, perhubungan dengan
orang lain di pejabat dan rumah," ujar Pakar Perunding Psikiatri
Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh ketika
menyampaikan ceramah dalam Bengkel Stres Kehidupan anjuran Hospital
Gleneagles.
Dr.
Nor Hamidah memberitahu, wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi
mengalami stres dan kemurungan berbanding lelaki. Tidak ada
sebab tertentu yang mengatakan punca mengapa wanita lebih berisiko
tinggi berbanding lelaki.
Bagaimanapun, ia mungkin kerana wanita lebih mudah meluahkan perasaan dan dengan cara begini mereka cepat mendapatkan rawatan.
Lelaki biasanya tidak mudah meluahkan perasaan dan ini mungkin kerana anak lelaki dididik supaya menjadi 'lelaki sejati', iaitu
tidak boleh menangis dan sebagainya.
Ujar Dr. Nor Hamidah, masyarakat juga perlu prihatin dan sedar betapa stres dan kemurungan yang tidak dirawat dengan baik boleh
memberi kesan kepada produktiviti kerja.
Ramai wanita stres?
Menurut
Dr. Nor Hamidah, dalam satu kajian yang pernah dijalankan oleh
Universiti Arizona terhadap 166 pasangan berkahwin mendapati,
wanita melalui episod stres yang tinggi berbanding lelaki.
Bercerita mengenai punca masalah yang semakin meningkat itu katanya, desakan hidup dan persekitaran sebenarnya menjadi penyebab
utama.
Kebanyakan
wanita pada peringkat umur 35 hingga 45 tahun mengalami emosi yang
stabil kerana ramai yang mula bijak menguruskan kewangan
sementara anak-anak pula sudah membesar. Berbeza dengan wanita yang baru
mendirikan rumah tangga atau mempunyai anak, mereka belum bijak
menguruskan hal rumah dan kerja. Bagi wanita yang berumur 45 tahun ke
atas, mereka pula berhadapan dengan perubahan hormon
akibat menopaus.
Pendek
kata wanita dwi kerjaya berhadapan dengan pelbagai cabaran iaitu
penjagaan anak-anak, menjaga ibu bapa, beban kerja rumah,
masalah dalam perkahwinan dan prestasi kerja.
Namun seandainya seseorang bijak melalui setiap stres yang dialami, mereka mampu menjalani hidup dengan lebih berkualiti.
Pengurusan stres di pejabat
Justeru itu, setiap organisasi perlu ada pengurusan stres di tempat kerja agar tidak menganggu produktiviti pekerja.
"Kita
lihat banyak kejayaan menerusi perlaksanaan pengurusan kerja di
pejabat. Kajian syarikat McDonnel Douglas pada tahun 1989
menunjukkan pengurusan stres di pejabat menurunkan 35 peratus kos
penjagaan kesihatan pekerja. Pada tahun 1995, Perkhidmatan Salah
Tingkahlaku dan Kesihatan Mental mendapati pengurusan stres di tempat
kerja telah menurunkan 35 peratus masalah stres pekerja
dan meningkatkan produktiviti sebanyak 14 peratus," ujarnya.
Mengulas
lanjut tentang pengurusan ini, setiap organisasi perlu merujuk pekerja
yang stres kepada pakar psikiatri, psikologi atau
kaunselor.
Subscribe to:
Posts (Atom)