Sunday, 14 August 2016

Pertandingan Bowling


Pertandingan Boling anjuran KESKAP tahun 2016

Tarikh : 10 Ogos 2016
Masa : 08.30 malam
Tempat :Premium Lanes Bowling , Kuantan Plaza

Pertandingan Boling ini dadakan bagi merapatkan lagi silaturahim dalam kalangan ahli kelab serta ahli keluarga mereka. Ianya juga dapat meningkatkan semangat muafakat dalam kalangan mereka sambil beriadah bersama.

Pertandingan ini melibatkan seramai 39 orang peserta dari kalangan ahli kelab dan ahli keluarga mereka. Terdapat 2 kategori dipertandingkan; kategori lelaki dan kategori wanita. Disamping itu cabutan bertuah juga diadakan .




Gambar sekitar pertandingan tersebut



KEPUTUSAN PERTANDINGAN


Kategori Lelaki

Tempat Pertama : Hazran

Tempat Kedua : Hider

Tempat Ketiga : Khairul

Tempat Keempat : Rosfaizul
Tempat Kelima : Shukri

Kategori Wanita

Tempat Pertama : Norizan
Tempat Kedua : Marzaliza
Tempat Ketiga : Farhanis
Tempat Keempat : Nor Komari

Tempat Kelima : Nursuraini


TAHNIAH !!

Tahniah juga diucapkan kepada pemenang cabutan bertuah
















Ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli kelab yang terlibat dan Ahli Jawatankuasa yang berusaha menjayakan pertandingan ini.







Wednesday, 10 August 2016

MAJLIS PERPISAHAN PUAN ZAINAH BINTI HITAM DAN PUAN NORFAIZAH BT MOHD NOR

Pada 29 Julai 2016, KESKAP telah mengadakan Majlis Perpisahan bagi meraikan perpindahan 2 pegawai iaitu PUAN ZAINAH BINTI HITAM dan PUAN NORFAIZAH BINTI MOHD NOR. Puan Norfaizah telah menerima kenaikan pangkat ke W36 di Bahagian Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia, Cawangan Pahang. Manakala Puan Zainah pula telah bertukar ke Bahagian Audit Dalam Kementerian Pendidikan Malaysia, Cawangan Terengganu. Semoga berjaya di tempat baru dan warga KESKAP mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA









Penyampaian Cendermata daripada Kelab KESKAP :





Monday, 8 August 2016

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA 2016


Pada 29 Julai 2016 bersamaan 24 Syawal 1437H, KESKAP telah menganjurkan jamuan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jamuan dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan ucapan dari Pengarah Jabatan Audit Negara Negeri Pahang, dan pada jam 10.30 pagi tetamu jemputan mula hadir ke jamuan. Pelbagai makanan enak telah disediakan seperti nasi minyak, laksa penang, soto dan lain-lain.


KESKAP mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri

dan Maaf Zahir Batin. 



























PERSIAPAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA

Persiapan Majlis Sambutan Hari Raya pada 28 Julai 2016 :