Untuk makluman ahli KESKAP sekalian, berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sebelum ini. Pihak admin memohon maaf kerana proses mengemaskini blog ini tergendala sebentar atas sebab-sebab teknikal..
Aktiviti tahun 2015 dimulakan dengan satu majlis Sambutan Hari Lahir ahli KESKAP yang lahir pada bulan Oktober hingga Disember 2014. Majlis diadakan pada 27 Februari 2015 (Jumaat). Semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik.
********************************************************************************
Pada 13 Mac 2015, aktiviti senamrobik telah diadakan oleh jawatankuasa sukan dan rekreasi. Senamrobik diadakan di Dataran Audit bermula jam 8.00 pagi dan diketuai oleh petugas/pegawai dari Jabatan Kesihatan Daerah Kuantan. Aktiviti ini mendapat kerjasama yang baik dari semua ahli kerana disamping dapat menyihatkan badan aktiviti ini juga mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain.