Kuantan telah dilanda bencana banjir yang teruk pada 2, 3 dan 4 Disember yang lalu, hampir 40,000 mangsa yang terlibat dengan banjir. Ini termasuklah 15 orang ahli KESKAP yang rumah mereka telah ditenggelami oleh air banjir. Sehubungan dengan itu, atas inisentif Tuan YDP KESKAP, satu misi bantuan kepada mangsa banjir telah digerakkan. Matlamat misi ini ialah untuk membantu ahli-ahli KESKAP membersihkan rumah yang teruk terjejas semasa banjir.
Maka pada tanggal 7 Disember 2013, bergerak lah beberapa ahli KESKAP yang sudi membantu menjayakan misi ini. Tuan YDP KESKAP bersama keluarga beliau serta ahli-ahli KESKAP telah pergi ke 3 buah rumah ahli. Kunjungan pertama mereka ialah ke rumah En. Alwi Osman di Taman Sungai Isap Perdana 2. Rumah kedua pula ialah rumah Puan Nurulzita di Taman Sungai Isap dan rumah ketiga ialah rumah Puan Zaliha Jamni di Taman Alam Residen 5.