Wednesday, 15 August 2012

Lawatan ke Rumah Anak Yatim Baitul Husna @ Bukit Sekilau dan dan Pusat Latihan Al-Quran dan Pertanian Raudhatul Ikhwani @ Kampung Sri Mahkota

Baitul Husna @ Bukit Sekilau 

KESKAP melalui Biro Kebajikan Dan Sosial telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan harian dan wang kepada Rumah Anak Yatim Baitul Husna di Bukit Sekilau, Kuantan. Rumah Anak Yatim ini menempatkan seramai 14 orang anak yatim perempuan yang berumur di antara 8-16 tahun.  Sumbangan telah disampaikan oleh YDP KESKAP En. Che Mohd Shukri Che Hassan. Turut serta dalam lawatan ini ialah Naib YDP En. Mohd Marzuni bin Mohamad dan Pengerusi Biro Kebajikan Dan Sosial En. Mohd Shahir bin Che Razali serta beberapa orang ahli kelab.


Rumah Anak Yatim Baitul Husna


YDP menyampaikan sumbangan kepada En. Mahadi


Antara barangan harian yang disumbangkan

Anak-Anak Baitul Husna



Pusat Latihan Al-Quran dan Pertanian Raudhatul Ikhwani @ Kampung Sri Mahkota

Sumbangan berupa barangan harian turut diberikan kepada Pusat Latihan Al-Quran dan Pertanian Raudatul Ikhwani di Kampung Sri Mahkota, Jalan Gambang.  Pusat Latihan ini menempatkan anak yatim lelaki yang berumur di antara 13-15 tahun.  Mereka ini terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga.  Sumbangan telah disampaikan oleh YDP KESKAP En. Che Mohd Shukri Che Hassan. Turut serta dalam lawatan ini ialah Naib YDP En. Mohd Marzuni bin Mohamad dan Pengerusi Biro Kebajikan Dan Sosial En. Mohd Shahir bin Che Razali serta beberapa orang ahli kelab.

Pusat Latihan Al-Quran dan Pertanian Raudatul Ikhwani

Sebilangan Penghuni Pusat Latihan


Persembahan Nasyid daripada Penghuni Pusat Latihan


Naib YDP menyampaikan sumbangan kepada Ustaz Mahmud



Antara sumbangan yang diberikan


Ceramah Agama - Ramadhan Bulan Keberkatan










Satu Majlis Ceramah Agama/Tazkirah Ramadhan anjuran Biro Agama KESKAP telah diadakan pada 20 Julai 2012 bersamaan 30 Syaaban 1433H yang lalu sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Ceramah ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat JAN Negeri Pahang di Wisma Persekutuan.  Penceramah yang dijemput ialah Ustaz Asmawi Bin Abu Bakar dari Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) dan tajuk ceramah yang disampaikan adalah "Ramadhan Bulan Keberkatan". Adalah diharapkan agar semua ahli KESKAP telah mendapat ilmu dan manfaat melalui ceramah yang disampaikan dan adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mengamalkannya. Semoga kita diberikan hidayah oleh Allah s.w.t dan dipertingkatkan ketaqwaan kepadaNya. Insya-Allah.


Biro Agama KESKAP