Wednesday, 23 March 2011

Jemputan Menghadiri Mesyuarat Agung ke-31 KESKAP

Mesyuarat Agung Kelab Sukan Dan Kebajikan Audit Pahang (KESKAP) kali yang ke 31 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 1 April 2011 (Jumaat) Bersamaan 27 Rabiulakhir 1432H

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat, Jabatan Audit Negara Cawangan Pahang





Biro Agama Keskap telah pun mengadakan Majlis Ceramah Agama pada 28 Januari 2011 bersamaan 23 Safar 1432H yang lalu. Ceramah diadakan di Bilik Mesyuarat JANCP dan telah disampaikan oleh Ustaz Saruddin Muhammad dengan tajuk "Kesempurnaan Iman". Diharap semua ahli Keskap telah mendapat ilmu yang disampaikan oleh Ustaz dan menjadi tanggungjawab kita semua untuk menyampai dan mengamalkannya. Semoga kita diberikan hidayah oleh Allah s.w.t dan meningkatkan ketaqwaan kepadaNya. Insyallah.

"BERSAMA MENCARI KEREDHAAN ILAHI"

Biro Agama KESKAP

Jamuan Perpisahan Sempena Kenaikan Pangkat Pegawai



















































Majlis tersebut telah selamat diadakan di Bilik Mesyuarat JAN Pahang
pada 7 Januari 2011. Majlis telah dihadiri ahli Keskap termasuk YDP dan TYDP. Pegawai yang diraikan telah diberi cenderahati daripada kelab dan kakitangan JAN.

Antara ahli yang telah turut memberikan ucapan perpisahan termasuklah Cik Razina, En. Zainal dan En. Khairil Anuar selain Pegawai yang diraikan dan Tuan YDP.

Pihak Keskap ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada En. Ab Hadi, En. Mazlan dan En. Mustafa Kamal diiring dengan doa. Mohon maaf di atas segala kesilapan sama ada yang tersurat mahu pun yang tersirat.

Sayonara..

Wednesday, 5 January 2011

Warkah Salam Perpisahan

Assalamualaikum,

Salam Ukhwah buat semua warga Audit Pahang. Sebagaimana semua sedia maklum, saya Ab Hadi Daud telah ditukarkan untuk bertugas di Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar mulai 10 januari 2011. Maka dikesempatan ini saya ingin mengucapkan salam perpisahan buat semua ahli KESKAP. Saya juga ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan terkasar bahasa yang telah mengguris mana2 hati dan perasaan rakan-rakan semua. Halalkan jua makan minum saya sepanjang perkenalan singkat kita ini.

Teman-teman sekalian, tiada rangkap kata yang mampu saya luahkan di sini bagi menggambarkan betapa manisnya saat kita berkongsi secebis kenangan di sini. Tiada melodi lagu yang mampu mengalunkan nyanyian syahdu bagi menceritakan betapa saya sememangnya ceria berkongsi sekelumit gelak ketawa di sini. Namun, percayalah bahawa kalian semua umpama guru yang mengajar saya erti pengalaman, bahawa kalianlah umpama teman yang sudi berkongsi gelak dan tangis. Dan kalian jualah umpama keluarga kepada saya, perantau yang hanya mencari sesuap rezeki di bumi kuantan ini. Terima kasih semua.

Yang pergi, pasti berganti. Doa saya semoga hari ini lebih baik dari semalam.Dan hari esok lebih baik dari hari ini. Semoga saya datang ke sini dan telah menjadi seorang yang lebih baik dari teman kalian yang sebelum ini. Dan yang pasti, pengganti saya nanti adalah lebih baik  dari saya.

Akhir kata, walau jauh di mata... moga kita dekat di hati. Dimana jua kita berada, sentiasalah kita berhubung.

Terima Kasih.

Wassalam