Wednesday, 5 April 2017

SAMBUTAN HARI LAHIR





Pada 31 Mac 2017 yang lalu KESKAP telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir ahli KESKAP bagi bulan kelahiran ahli pada Januari, Februari dan Mac.

Majlis berlangsung dengan meriah












Semoga ahli yang diraikan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberkati kehidupannya.


Wednesday, 29 March 2017

KESAN STRES TERHADAP DAYA KERJA




Image result for stress control

PELBAGAI kejadian dan tragedi yang melibatkan tekanan atau stres dan kemurungan teruk sebenarnya boleh dielak dan diatasi, jika orang ramai mengambil berat mengenainya. Malah, ia boleh menjadi penyakit yang serius andai tidak diurus dan dikawal dengan baik.
Walaupun stres dikategorikan penyakit yang serius tetapi sayangnya ia tidak diambil berat.
Ini mungkin kerana masyarakat beranggapan bahawa stres hanya memberikan kesan seketika tanpa menyedari bahawa stres juga boleh menjejaskan seluruh badan dan minda.

"Ia boleh menjejaskan tingkah laku, fikiran, emosi, perhubungan dengan orang lain di pejabat dan rumah," ujar Pakar Perunding Psikiatri Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh ketika menyampaikan ceramah dalam Bengkel Stres Kehidupan anjuran Hospital Gleneagles.

Dr. Nor Hamidah memberitahu, wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami stres dan kemurungan berbanding lelaki. Tidak ada sebab tertentu yang mengatakan punca mengapa wanita lebih berisiko tinggi berbanding lelaki.

Bagaimanapun, ia mungkin kerana wanita lebih mudah meluahkan perasaan dan dengan cara begini mereka cepat mendapatkan rawatan.
Lelaki biasanya tidak mudah meluahkan perasaan dan ini mungkin kerana anak lelaki dididik supaya menjadi 'lelaki sejati', iaitu tidak boleh menangis dan sebagainya.
Ujar Dr. Nor Hamidah, masyarakat juga perlu prihatin dan sedar betapa stres dan kemurungan yang tidak dirawat dengan baik boleh memberi kesan kepada produktiviti kerja.

Ramai wanita stres?

Menurut Dr. Nor Hamidah, dalam satu kajian yang pernah dijalankan oleh Universiti Arizona terhadap 166 pasangan berkahwin mendapati, wanita melalui episod stres yang tinggi berbanding lelaki.

Bercerita mengenai punca masalah yang semakin meningkat itu katanya, desakan hidup dan persekitaran sebenarnya menjadi penyebab utama.
Kebanyakan wanita pada peringkat umur 35 hingga 45 tahun mengalami emosi yang stabil kerana ramai yang mula bijak menguruskan kewangan sementara anak-anak pula sudah membesar. Berbeza dengan wanita yang baru mendirikan rumah tangga atau mempunyai anak, mereka belum bijak menguruskan hal rumah dan kerja. Bagi wanita yang berumur 45 tahun ke atas, mereka pula berhadapan dengan perubahan hormon akibat menopaus.
Pendek kata wanita dwi kerjaya berhadapan dengan pelbagai cabaran iaitu penjagaan anak-anak, menjaga ibu bapa, beban kerja rumah, masalah dalam perkahwinan dan prestasi kerja.

Namun seandainya seseorang bijak melalui setiap stres yang dialami, mereka mampu menjalani hidup dengan lebih berkualiti.

Pengurusan stres di pejabat

Justeru itu, setiap organisasi perlu ada pengurusan stres di tempat kerja agar tidak menganggu produktiviti pekerja.
"Kita lihat banyak kejayaan menerusi perlaksanaan pengurusan kerja di pejabat. Kajian syarikat McDonnel Douglas pada tahun 1989 menunjukkan pengurusan stres di pejabat menurunkan 35 peratus kos penjagaan kesihatan pekerja. Pada tahun 1995, Perkhidmatan Salah Tingkahlaku dan Kesihatan Mental mendapati pengurusan stres di tempat kerja telah menurunkan 35 peratus masalah stres pekerja dan meningkatkan produktiviti sebanyak 14 peratus," ujarnya.

Mengulas lanjut tentang pengurusan ini, setiap organisasi perlu merujuk pekerja yang stres kepada pakar psikiatri, psikologi atau kaunselor.

Tuesday, 1 November 2016

FAMILY DAY 2016 : Kempville Beach Resort


"FAMILY DAY KESKAP 2016" telah diadakan di Kempville Beach Resort. Acara ini menerima penyertaan yang amat menggalakkan dari ahli kelab seisi keluarga.

Sesi pendaftaran bermula jam 7:30 pagi,


                                            Sesi pendaftaran , Suasana di khemah urusetia.


Majlis dimulakan dengan Senamrobik diketuai oleh kakitangan Kempville Beach Resort.



Majlis kali ini amat bermakna sekali dengan kehadiran YDP KESKAP Zakri Bin Mamat, Pengarah Audit Negara Negeri Pahang Tuan Haji Azuan Bin Daud dan Mantan Pengarah Audit Negara Negeri Pahang Encik Rezuoi Bin Abdullah. Majlis telah di rasmikan oleh Pengarah Audit Negara Negeri Pahang. Dalam ucapannya, beliau memaklumkan bahawa acara ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan di kalangan kakitangan dan ahli keluarga sambil berseronok.



Ucapan Dan Perasmian oleh Tuan Pengarah Audit Negeri

Alhamdulillah majlis berjalan lancar mengikut perancangan. Hari itu dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna, sukaneka dan cabutan bertuah.




                         
Hasil pertandingan mewarna anak-anak ahli

     

                     

                     

Tahniah, kepada adik-adik yang memenagi pertandingan mewarna

                     
Berikut adalah anak-anak yang menyertai pertandingan mewarna

                                                                  
        


                                                                        Sukaneka

                                 

                                 




Sambutan Hari Kelahiran Ahli KESKAP


        







Rakaman terima kasih dan tahniah kepada semua Ahli KESKAP dan ahli keluarga yang meriahkan majlis ini. Terima kasih juga kepada semua J/K yang bertungkus lumus memastikan majlis ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang dan berjalan dengan meriah. Kami juga ingin memohon maaf ke atas sebarang kekurangan sepanjang majlis berlangsung. Semoga kelemahan yang ada dapat diperbaiki pada sambutan Hari Keluarga akan datang. Ucapan terima kasih juga kepada Tuan Pengarah dan keluarga yang dapat hadir merasmikan majlis tersebut.




Friday, 28 October 2016

PERSIAPAN FAMILYDAY 2016 : Kempville Beach Resort



Esok harinya...
KESKAP Family Day 2016 di Kempville Beach Resort. 
Kempville Beach Resort ini dekat mana sila buka link : 

Satu mesyuarat kelab telah dibuat sebelum ini untuk melantik beberapa AJK KESKAP Family Day 2016 bagi melancarkan majlis. Segala aktiviti persiapan telah dimulakan dari awal lagi, dari pemilihan tempat, jemputan, makanan , aktiviti, perancangan sebelum majlis dan semasa majlis di jalankan. Terima Kasih kepada semua ahli yang terlibat untuk membuat persiapan . Semoga majlis esok akan berjalan dengan lancarnya.