Friday, 29 November 2013

Pertandingan Boling Anjuran Biro Sukan KESKAP

Tanggal 27 November 2013 telah berlangsung satu pertandingan boling bertempat di Premium Lanes, Kuantan Plaza melibatkan 25 ahli dan keluarga KESKAP. Ini merupakan antara aktiviti yang dianjurkan Biro Sukan KESKAP bagi merapatkan hubungan silatul rahim antara ahli. Pertandingan ini telah di menangi oleh Saudara Habbullah iaitu suami kepada Puan Norlela dengan jatuham pin sebanyak 259. Tempat Kedua pula dimenangi oleh Saudara Mohd Zain iaitu suami kepada Puan Noraziatul Akmash dan tempat ketiga dimenangi oleh Saudara Azhar suami kepada Puan Nazifah.

Tuan YDP KESKAP juga turut serta menyertai pertandingan ini walaupun beliau baru sahaja sampai dari Sibu, Sarawak. Komitmen yang tinggi dari Tuan YDP KESKAP ini diharap dapat membakar semangat ahli-ahli yang lain supaya sentiasa menyertai aktiviti anjuran KESKAP di masa hadapan.

antara peserta wanita yang menyertai pertandingan

peserta lelaki 

Tuan YDP KESKAP turut bersama menyertai pertandingan
walaupun hanya 1 frame sahaja


aksi yang sempat dirakam





Friday, 8 November 2013

Birthday Wishes




We would like to wish Happy Belated Birthday and Happy Birthday in Advance to those who celebrated it in November :-

November's

Cik Iaidahwati Binti Parman
Cik Rashidah Binti Abdul Kadir
Pn. Norfaizah Binti Mohamed Nor
Pn. Khamsiahnor Binti Kamaruzzaman
Pn. Norhayati Binti Ahmad Subian
Cik Rusnida Binti Mohamed
En. Mohd Nazmi Bin Saudi

Tuesday, 1 October 2013

Birthday Wishes



We would like to wish Happy Belated Birthday and Happy Birthday in Advance to those who celebrated it in October:-

October's

En. Mohd Shahir Bin Che Razali
En. Kasween Habzan Bin Shamsuddin
Pn. Siti Nurbaya Binti Alias
Pn. Nursuraini Binti Nor Hashim

Monday, 30 September 2013

Majlis Pertukaran - Puan Razina Binti Omar

Pada 25 September 2013, satu majlis meraikan pertukaran Puan Razina Bin Omar ke JAN Terengganu telah diadakan di Bilik Mesyuarat Wisma Audit Jabatan Audit Negara Negeri Pahang. Majlis ini telah dihadiri oleh YDP KESKAP dan ahli-ahli KESKAP.

Puan Razina Binti Omar telah bertugas di JAN Pahang selama hampir 5 tahun iaitu bermula pada 7 Januari 2009 sehingga 4 Oktober 2013. Beliau akan mula bertugas di JAN Terengganu pada 6 Oktober 2013. Pertukaran ini adalah kerana beliau ingin berada dekat dengan suami tercinta.

Pihak KESKAP mengucapkan selamat maju jaya kepada Puan Razina Binti Omar ditempat baru nanti. Semoga segala kecemerlangan yang pernah ditunjukkan di JAN Pahang beliau teruskan di tempat baru.

Beberapa kepingan gambar yang sempat diambil semasa majlis tersebut dipaparkan untuk menjadi pengubat kerinduan kepada Puan Razina Binti Omar.

Puan Pengacara Majlis 

YDP KESKAP memberikan ucapan

Pegawai yang dirai - Puan Razina Binti Omar

Ahli-Ahli KESKAP yang hadir
 
Sumbangan KESKAP kepada pegawai yang dirai




Tuesday, 17 September 2013

YDP KESKAP

Tanggal 17 September 2013 merupakan detik bersejarah bagi KESKAP kerana KESKAP YDP En. Che Mohd Shukri mantan Pengarah Audit Negeri Pahang telah bertukar ke Ibu Pejabat. YDP yang baru ialah En. Oi Chu Kim Ting @ Rezuoi Bin Abdullah. Beliau bertukar dari Kementerian Pendidikan Malaysia. KESKAP dengan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Che Mohd Shukri atas segala tunjuk ajar, nasihat dan kerjasama selama ini. Semoga beliau terus berjaya di Ibu Pejabat. 

Buat YDP yang baru, selamat datang ke Jabatan Audit Negara Negeri Pahang warga KESKAP ucapkan. Semoga kita sama-sama memajukan lagi KESKAP tercinta.