Monday, 30 September 2013

Majlis Pertukaran - Puan Razina Binti Omar

Pada 25 September 2013, satu majlis meraikan pertukaran Puan Razina Bin Omar ke JAN Terengganu telah diadakan di Bilik Mesyuarat Wisma Audit Jabatan Audit Negara Negeri Pahang. Majlis ini telah dihadiri oleh YDP KESKAP dan ahli-ahli KESKAP.

Puan Razina Binti Omar telah bertugas di JAN Pahang selama hampir 5 tahun iaitu bermula pada 7 Januari 2009 sehingga 4 Oktober 2013. Beliau akan mula bertugas di JAN Terengganu pada 6 Oktober 2013. Pertukaran ini adalah kerana beliau ingin berada dekat dengan suami tercinta.

Pihak KESKAP mengucapkan selamat maju jaya kepada Puan Razina Binti Omar ditempat baru nanti. Semoga segala kecemerlangan yang pernah ditunjukkan di JAN Pahang beliau teruskan di tempat baru.

Beberapa kepingan gambar yang sempat diambil semasa majlis tersebut dipaparkan untuk menjadi pengubat kerinduan kepada Puan Razina Binti Omar.

Puan Pengacara Majlis 

YDP KESKAP memberikan ucapan

Pegawai yang dirai - Puan Razina Binti Omar

Ahli-Ahli KESKAP yang hadir
 
Sumbangan KESKAP kepada pegawai yang dirai




Tuesday, 17 September 2013

YDP KESKAP

Tanggal 17 September 2013 merupakan detik bersejarah bagi KESKAP kerana KESKAP YDP En. Che Mohd Shukri mantan Pengarah Audit Negeri Pahang telah bertukar ke Ibu Pejabat. YDP yang baru ialah En. Oi Chu Kim Ting @ Rezuoi Bin Abdullah. Beliau bertukar dari Kementerian Pendidikan Malaysia. KESKAP dengan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Che Mohd Shukri atas segala tunjuk ajar, nasihat dan kerjasama selama ini. Semoga beliau terus berjaya di Ibu Pejabat. 

Buat YDP yang baru, selamat datang ke Jabatan Audit Negara Negeri Pahang warga KESKAP ucapkan. Semoga kita sama-sama memajukan lagi KESKAP tercinta.

Monday, 2 September 2013

Birthday Wishes



We would like to wish Happy Belated Birthday and Happy Birthday in Advance to those who celebrated it in September:-

September's

Pn. Rislah binti Sahak (2/9)
Cik Fakizah binti Isahak (4/9)  
Pn. Noor Hidayah binti Abdul Rapar (13/9)
Pn. Salmiah binti Ahmad Khan (24/9)
En. Mohd Hazran bin Abdul Malik (26/9)
Pn. Hazimah binti Mohamad (29/9)

Friday, 2 August 2013

Sumbangan Rumah Kebajikan Ramadhan 1434H

Tanggal 1 Ogos 2013 bersamaan 23 Ramadhan 1434H, Biro Kebajikan Dan Sosial KESKAP telah melawat 2 buah rumah kebajikan anak-anak yatim di sekitar Kuantan. Lawatan ini diadakan bagi mewakili KESKAP memberikan sedikit sumbangan wang tunai kepada mereka. Berikut disertakan sedikit gambar semasa penyerahan sumbangan dan keadaan rumah kebajikan tersebut.

Pusat Latihan Al-Quran Dan Pertanian Raudhatul Ikhwani








Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Dan Fakir Miskin Perempuan





Thursday, 1 August 2013

Birthday Wishes








We would like to wish Happy Belated Birthday and Happy Birthday in Advance to those who celebrated it in August:-

August's

En. Mustazah bin Mohd Akil (19/8) 
Pn. Faizatul Syuhada binti Abdul Fatah (20/8)  
En. Che Mohd Shukri bin Che Hassan (21/8)
Pn. Suzanawati binti Fadzli (22/8)
Cik Noor Azidah binti Zeol (25/8)