Friday, 2 August 2013

Sumbangan Rumah Kebajikan Ramadhan 1434H

Tanggal 1 Ogos 2013 bersamaan 23 Ramadhan 1434H, Biro Kebajikan Dan Sosial KESKAP telah melawat 2 buah rumah kebajikan anak-anak yatim di sekitar Kuantan. Lawatan ini diadakan bagi mewakili KESKAP memberikan sedikit sumbangan wang tunai kepada mereka. Berikut disertakan sedikit gambar semasa penyerahan sumbangan dan keadaan rumah kebajikan tersebut.

Pusat Latihan Al-Quran Dan Pertanian Raudhatul Ikhwani








Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Dan Fakir Miskin Perempuan





Thursday, 1 August 2013

Birthday Wishes








We would like to wish Happy Belated Birthday and Happy Birthday in Advance to those who celebrated it in August:-

August's

En. Mustazah bin Mohd Akil (19/8) 
Pn. Faizatul Syuhada binti Abdul Fatah (20/8)  
En. Che Mohd Shukri bin Che Hassan (21/8)
Pn. Suzanawati binti Fadzli (22/8)
Cik Noor Azidah binti Zeol (25/8)

Monday, 22 July 2013

Majlis Berbuka Puasa 1434H

Salam Ramadhan,

Pada 16.7.2013 bersamaan 7 Ramadan 1434H, telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa bersama ahli dan keluarga KESKAP di Restoran New Horizon, Kuantan. Seramai 24 orang ahli KESKAP dan 36 ahli keluarga telah menyertai program tersebut. 

Disertakan beberapa keping gambar buat tatapan ahli-ahli KESKAP. Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.









Wednesday, 10 July 2013

Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran

Pada 5 Julai 2013, Biro Kebajikan Dan Sosial telah menganjurkan satu Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran bagi ahli KESKAP yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan April, Mei dan Jun. Majlis ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 10, Wisma Persekutuan. 


Kek Pertama

Kek Kedua


Antara Ahli KESKAP Yang Menyambut Ulangtahun Kelahiran

Upacara Memotong Kek

Tuesday, 9 July 2013

Ceramah Agama - Mencari Keberkatan Ramadhan

Satu Majlis Ceramah Agama/Tazkirah Ramadhan anjuran Biro Agama KESKAP telah diadakan pada 5 Julai 2013 bersamaan 26 Syaaban 1434H yang lalu sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Ceramah ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Gunasama di Tingkat 10, Wisma Persekutuan.  Penceramah yang dijemput ialah Ustazah Norjazlihaini Binti Abd Karim dari Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) dan tajuk ceramah yang disampaikan adalah "Mencari Keberkatan Ramadhan". Adalah diharapkan agar semua ahli KESKAP telah mendapat ilmu dan manfaat melalui ceramah yang disampaikan dan adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mengamalkannya. Semoga kita diberikan hidayah oleh Allah s.w.t dan dipertingkatkan ketaqwaan kepadaNya. Insya-Allah.



Ustazah Norjazlihaini Binti Abd Karim

Kakitangan Yang Hadir

Kakitangan Yang Hadir