Thursday, 10 January 2013

Sumbangan Kepada Rumah Hembusan Kasih Sayang

Pada 8/01/2013 yang lalu, wakil KESKAP iaitu En. Mohd Shahir bin Che Razali selaku Ketua Biro Kebajikan & Sosial telah berkesempatan untuk melawat Pusat Jagaan Hembusan Kasih Sayang di Taman Guru, Kuantan.  Tujuan lawatan ini adalah untuk menyampaikan sumbangan ikhlas daripada KESKAP kepada Pusat Jagaan tersebut yang mengalami kebakaran kecil pada 19 November 2012 dipercayai berpunca daripada masalah pendawaian elektrik dan litar pintas.


Sumbangan ini telah disampaikan oleh En Mohd Shahir bin Che Razali bagi mewakili Tuan Yang Di Pertua KESKAP.  Adalah diharapkan agar sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan beban Pusat Jagaan Hembusan Kasih Sayang dan semoga ia juga dapat memberikan ganjaran dan keberkatan oleh Allah s.w.t. kepada ahli-ahli KESKAP.

Wakil YDP KESKAP memberikan sumbangan kepada Ustaz Razi

Anak-anak yatim sedang menjamu makan tengahari

Monday, 7 January 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran




Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran kepada ahli KESKAP yang lahir pada bulan Januari. Semoga mereka semua sentiasa di lindungi dan di rahmati Allah SWT. Amin.

En. Mohd. Marzuni bin Mohamad (2/1)
Pn. Nur Aina binti Abu Hassan (6/1)
En. Mohd. Asri bin Osman (12/1)
En. Ahmad Muzri bin Mt Yassin (21/1)
En. Mohd. Idzuddin bin Malik 

Monday, 31 December 2012

Birthday Wishes


We would like to wish Happy Belated Birthday and Happy Birthday in Advance to those who celebrated it in October till December:-

October's

En. Mohd Shahir Bin Che Razali
En. Kasween Habzan Bin Shamsuddin
Pn. Nursuraini Binti Nor Hashim

November's


Cik Rashidah Binti Abdul Kadir
Pn. Norfaizah Binti Mohamed Nor
Pn. Khamsiahnor Binti Kamaruzzaman
Pn. Norhayati Binti Ahmad Subian
Cik Rusnida Binti Mohamed
En. Mohd Nazmi Bin Saudi

December's

Pn. Kamariah Binti Bapoo
Pn. Norlela Binti Mohammad
En. Wan Mizan Bin Wan Manan


Wednesday, 12 September 2012

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1433H


Tanggal 6 September 2012 bersamaan 19 Syawal 1433H telah berlangsung satu majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Jabatan Audit Negara Negeri Pahang. Sambutan kali ini dihoskan oleh satu jawatankuasa yang diketuai oleh Puan Kamariah binti Bapoo.

Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi silaturahim yang telah terjalin diantara kakitangan  JANNP. Walaupun disambut secara sederhana namun ianya tetap meriah.

antara kakitangan yang hadir memeriahkan rumah terbuka

sebahagian juadah buat tetamu rumah terbuka
Selain itu, beberapa tetamu dari luar juga hadir bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidil Fitri tersebut. Antara wajah-wajah penyeri majlis pada hari tersebut:


tetamu dari Jabatan Tenaga Kerja

tetamu dari Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

berikut antara gambar-gambar kakitangan JANNP yang sempat di snap.. harap pemilik nya tidak marah dengan pihak Admin kerana menyiarkan gambar mereka.




antara kakitangan wanita di JANNP


wajah-wajah orang kuat JANNP


PAN dikelilingi oleh jelitawan-jelitawan JANNP






Majlis Persaraan - Pn. Siti Normah binti Sheik Bakar

Satu majlis bagi meraikan persaraan Pn. Siti Normah binti Sheik Bakar telah diadakan pada 6 September 2012 (Khamis) jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 6 Wisma Persekutuan.  Majlis ini dihadiri oleh semua kakitangan termasuk Yang DiPertua dan Naib Yang DiPertua KESKAP.  

Pegawai yang diraikan telah diberi Sijil Penghargaan daripada Y.Bhg. Tan Sri KAN serta cenderahati daripada KESKAP dan kakitangan. Sijil Penghargaan dan cenderahati tersebut telah disampaikan sendiri oleh Yang DiPertua KESKAP.  Ucapan perpisahan telah diberikan oleh En. Kamarudi bin Kamarudin selaku Ketua Unit Pentadbiran & Kewangan.  Pada majlis ini juga, Yang DiPertua turut menyampaikan cenderahati kepada En. Mohd Marzuni dan Pn. Kamariah di atas kecemerlangan anak masing-masing di dalam peperiksaan SPM.  Manakala cenderahati juga diberikan kepada En. Ahmad Muzri bin Mt Yassin yang mendapat cahayamata baru-baru ini.

Dikesempatan ini pihak KESKAP ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Bersara kepada Pn. Siti Normah binti Sheik Bakar.  Kami mendoakan agar beliau bahagia di samping keluarga tercinta dan sentiasa menjaga kesihatan.  Kami juga ingin memohon maaf di atas segala kesilapan yang dilakukan dan semoga kita berjumpa lagi.  Insya Allah.


Pegawai yang dirai - Pn. Siti Normah

En. Kamarudi menyampaikan ucapan

Pn. Siti Normah 'in action'

En. Ahmad Muzri menerima cenderahati dari Yang DiPertua

Majlis bermula

Yang DiPertua memberikan ucapan

Yang DiPertua menyampaikan Sijil Penghargaan kepada pegawai

Antara cenderahati yang diberikan

Kain telekung antara cenderahati yang diberikan

Cenderahati terbesar dari KESKAP

En. Khairil Anuar selaku MC pada majlis ini

Cenderahati kepada En. Mohd Marzuni

Koleksi cenderahati kepada Pn. Siti Normah