Wednesday, 11 August 2010

RENUNGAN RAMADHAN BIL. 1





: : FADILAT RAMADHAN
: :

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Marilah sama-sama kita mengamalkannya. Insyallah

CERAMAH AGAMA SEMPENA RAMADAN







Biro Agama Keskap telah pun mengadakan Ceramah Agama pada 5 Ogos 2010 bersamaam 24 Syaaban 1431H bertempat di Bilik Mesyuarat JANCP. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Asmawi Bakar seorang Pegawai Pendakwah daripada Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan. Tajuk ceramah yang telah disampaikan ialah "Ramadan Membentuk Peribadi Mulia" bersesuaian dengan kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak ini. Semuga semua ahli Keskap telah dapat menghayati ceramah tersebut dan berusaha untuk mengamalkannya dalam usaha kita untuk menjadi seorang insan yang Beriman dan Bertaqwa kepada Allah s.w.t, Insyallah.

Tuesday, 10 August 2010

Motto Biro Keskap

Ahli Jawatankuasa Keskap Sesi 2010/2011 sedang dalam usaha untuk membawa imej baru kepada kelab dengan harapan dapat memberikan manafaat dan kebajikan kepada semua ahli. Sehubungan itu, Keskap akan menggantikan logo lama dengan yang baru dalam masa terdekat. Begitu juga dengan Motto Keskap. Seiring dengan perubahan ini, saya selaku Pengerusi Biro Perhubungan Dan Seranta berharap agar semua biro juga dapat mewujudkan Motto bagi Biro masing-masing. Setiap Motto hendaklah ringkas tapi padat dengan membawa maksud matlamat biro mereka. Biro-biro yang telah menetapkan Motto masing-masing hendaklah mengemukakannya kepada Biro Perhubungan Dan Seranta untuk diperakukan.

Sekian untuk makluman.

Monday, 9 August 2010

JAMUAN PERSARAAN EN. AZHAR








Majlis tersebut telah selamat diadakan di New Horizon Garden Resort Kuantan pada 9 Ogos 2010 jam 12.30 th. Majlis telah dihadiri seramai lebih kurang 65 ahli Keskap termasuk YDP dan TYDP. Pegawai yang diraikan telah diberi Sijil Pengahargaan daripada Tan Sri KAN serta cenderahati daripada kelab dan kakitangan JAN.

Antara ahli yang telah turut memberikan ucapan perpisahan termasuklah Cik Norsuzila, En. Anuar Aman (Mr. Sentimental) dan En. Khairil Anuar selain En. Azhar dan Tuan YDP.

Pihak Keskap ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Bersara kepada En. Azhar diiring dengan doa semoga berbahagia di samping keluarga tercinta. Mohon maaf di atas segala kesilapan sama ada yang tersurat mahu pun yang tersirat.

Sayonara..


Thursday, 5 August 2010

PERUBAHAN TARIKH JAMUAN PERPISAHAN EN. MOHD AZHAR

MAJLIS JAMUAN MAKAN TENGAHARI SEMPENA PERSARAAN EN. MOHD AZHAR BIN ABD. AZIZ


Adalah dimaklumkan bahawa majlis jamuan bagi meraikan persaraan En. Mohd Azhar telah diawalkan sebagaimana berikut:

Tarikh   : 9 Ogos 2010
Masa    : 12.30 Tgh
Tempat : New Horizon Garden Resort Kuantan
              A21-23 Lorong tun Ismail 12
              Sri Dagangan 2
              Kuantan

Semua Ahli adalah Dijemput Hadir Bagi Memeriahkan Acara.